widgeo.net

Wednesday, June 6, 2012

TAN SRI KSN UMUM PANEL SURUHANJAYA KHAS MENGKAJI TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM









                                                  Pengerusi Suruhanjaya, Tun Zaki Tun Azmi




Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan Pada Sabtu mengumumkan pelantikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi sebagai Pengerusi dan enam anggota suruhanjaya khas, yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara. Enam anggota suruhanjaya itu ialah bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam; bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan A. Jalil; bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Hussin Ismail; bekas Panglima Latihan Tentera Darat Mej Jen (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman. Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji transformasi perkhidmatan awam ini, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara, diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada perjumpaan khas bersama penjawat awam di Putrajaya, 8 Mac lepas.

No comments:

Post a Comment