widgeo.net

Saturday, November 16, 2013

KENYATAAN MEDIA KPISM

Merujuk kepada kenyataan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang disiarkan di sebuah akhbar tempatan bertarikh 16 November 2013. Di dalam Kenyataan tersebut, MEF mengesahkan ada majikan yang menyogok pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan LCCT.

Pihak Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 18 November 2013 (Isnin) berhubung perkara ini supaya pihak SPRM dapat mengambil tindakan dan siasatan berdasarkan kenyataan Presiden MEF yang mendakwa terdapat ahli-ahlinya yang menyogok pihak yang mengaku dirinya pegawai imigresen bagi mendapatkan jalan pintas dalam menyelesaikan urusan imigresen.

Pihak KPISM bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM supaya satu siasatan yang telus dapat dijalankan. KPISM juga memohon supaya pihak MEF tampil memberikan kerjasama kepada SPRM tentang dakwaan ahli-ahlinya yang menyogok untuk mendapat jalan pintas.

KPISM sangat komited dalam membantu pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan pucuk kepimpinan tertinggi Imigresen bagi membanteras salah laku dan aktiviti yang tidak berintegriti. Jika terbukti dan diputuskan oleh Mahkamah mana-mana pegawai imigresen bersalah, KPISM tidak akan berkompromi dan melindungi pegawai ini daripada dikenakan hukuman yang selayaknya.

KPISM sentiasa berkerjasama dengan semua pihak dalam menjaga dan memastikan pegawai-pegawai imigresen sentiasa berintegriti dan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab demi imej dan nama baik Jabatan Imigresen Malaysia

Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia.

Putrajaya.  16.11.2013

Wednesday, July 25, 2012

JELAJAH KPISM KE ZON UTARA



Salam Perjuangan,
Barisan Kepimpinan KPISM telah melaksanakan program Jelajah KPISM di negeri utara semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Perlis. Pelbagai aktivit dijalankan oleh Jawatankuasa Perhubungan KPISM di negeri Kedah dan Perlis. KPISM juga mengambil kesempatan untuk bertemu secara bersemuka dengan ahli-ahli dari kedua-dua negeri tersebut. Pelbagai soalan yang terbelenggu dikalangan ahli terjawab secara jelas oleh saudara Presiden dan Setiausaha Agung. Semoga program sedemikian menjadi indikator bagi ahli untuk melihat sejauh mana kejayaan dan kecemerlangan KPISM pada waktu kini. Selain program bersama ahli, KPISM juga telah berkunjung ke Universiti Utara Malaysia bagi membincangkan agenda penting yang menjadi asas perjuangan KPISM selama kini iaitu kajian penambahbaikan skim perkhidmatan Imigresen yang akan dilaksanakan oleh pihak UUM. semoga hubungan baik antara KPISM dan institusi pengajian tinggi ini menjadi tapak asas ke arah kejayaan KPISM pada masa-masa akan datang.

Monday, July 9, 2012

CUEPACS TIDAK SETUJU DUA DASAR BARU SPA


                                      Dato' Omar bin Osman, Presiden Cuepacs

KUALA LUMPUR 2 Julai - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan dua dasar baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam usaha meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam.Presidennya, Datuk Omar Osman menyifatkan dasar-dasar berkenaan sebagai tidak relevan dan merupakan ‘langkah ke belakang’ berbanding amalan sebelum ini. Katanya, dasar tersebut langsung tidak mencerminkan daya saing dalam kalangan pemohon yang berbeza kelayakan malah mendakwa ia adalah satu pembaziran.

“Dasar seumpamanya pernah diamalkan dahulu, calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda layak memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagaimanapun, ia lebih banyak mendatangkan masalah berbanding menyelesaikannya, apa akan berlaku kepada calon yang memiliki diploma atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)?.“Sekiranya calon memiliki ijazah tersebut menerima tawaran yang setimpal dengan kelayakan, sudah tentu dia akan meninggalkan jawatan SPM yang dimiliki. Kemudian, SPA perlu buat lagi temuduga untuk cari pengganti, ia adalah pembaziran dan menyebabkan kekecohan.

“CUEPACS tidak bersetuju dan menolak dasar-dasar baru berkenaan. Ia bukanlah penyelesaian yang realistik kepada masalah 35,000 pemilik ijazah yang bekerja secara kontrak ketika ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas tindakan SPA memperkenalkan dua dasar baru bertujuan meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam berkuatkuasa semalam. Dasar yang diperkenalkan itu adalah membenarkan calon memiliki Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat SPM selain turut membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sahaja sebelum ini.

Ditanya sama ada CUEPACS akan berjumpa dan berbincang dengan SPA berhubung pelaksanaan dasar-dasar berkenaan, Omar berkata, pihaknya tidak akan berbuat demikian.
Sebaliknya, menurut beliau, pihaknya akan membincangkan perkara berkenaan di dalam mesyuarat kongres dan akan membawanya kepada perhatian Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara.“Tiada sebab untuk kami berjumpa dengan SPA. Masa mereka bincang untuk melaksanakan dasar ini, kami langsung tidak dipanggil.

“Kami akan membawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri. Kalau tidak dapat, kami akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara," jelasnya.

Tuesday, June 26, 2012

Perkembangan terbaru pakaian Seragam Imigresen




Salam Perjuangan Saudara/ri

Untuk makluman semua pihak KPISM mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan perkembangan semasa kepada seluruh warga JIM tentang Pakaian Seragam baru Imigresen.

Untuk Makluman Sdra/ri sekalian, Uniform baru telah dipersetujui dalam Mesyuarat MBJ yang telah diadakan baru baru ini Tawau, Sabah. W/bagaimanpun ianya perlu dibuat sedikit penambahbaikan pada Pakaian celoreng yang akan dipakai oleh pegawai imigresen yang bertugas di Bahagian Penguatkuasa dan Depoh. Ini kerana pihak kepimpinan JIM tidak mahu rekabentuk celoreng ini akan memberi interprestasi negatif kepada pihak awam di Negara ini.

 Spek sepenuhnya akan dibuat untuk memberi gambaran sebenar Kelak. Namun pemakaian pangkat baru yang dicadangkan dalam mesyuarat tersebut masih belum diputuskan. Ianya akan diperhalusi dan dibentang semula Untuk diendos.
Kita masih perlu melaksanakan banyak perkara sebelum hasrat kita untuk Mengazetkannya. Alhamdulillah dengan kerjasama jawatankuasa team Teknikal Seragam bersama sama dengan MBJ, pihak KPISM akan mencapai hasrat dan Matlamat ini. Namun, JKT Teknikal akan  memperkemaskan isu-isu yang berbangkit dalam mesyuarat tersebut dalam jangkamasa terdekat ini.
 Sekiranya pihak saudara/ri ingin mendapatkan sebarang maklumat secara tepat dan betul, sdra/ri boleh menghubungi JKT Teknikal, KPISM atau MBJ. Sdra/ri diminta untuk tidak melayan kenyataan pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menyebarkan maklumat palsu dengan sengaja kerana tidak mahu melihat kemajuan atau kejayaan kita sendiri. Adalah diharapkan selepas ini apa-apa maklumat yang diperlukan sdra/ri boleh menghubungi JKT Teknikal, KPISM Dan MBJ. 
Winning is not a sometime thing; it's an all time thing. You don't win once in a while, you don't do things right once in a while, you do them right all the time. Unfortunately, so is losing. It means if you don't change   now, forever you will left behind. 

[KPISM]

Tuesday, June 12, 2012

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AWAM ANJURAN CUEPACS

Salam Perjuangan.. buat masa kini saya bersama Sdra Presiden KPISM sdg menghadiri bengkel penambahbaikan skim perkhidmatan awam untuk dipanjangkan kepada Suruhanjaya Penambahbaikan Perkhidmatan Awam yg baru ditubuhkn oleh pihak Kerajaan baru2 ini. Bengkel selama 3 hari, 2 malam yg diadakan di Muar ini disertai oleh semua Kesatuan dibwh naungan CUEPACS. Pelbagai perkara telah dibangkitkan bg meningkatkn kebajikan dan keadilan dari segi perkembangan kerjaya sehinggalah kepada SME (Subject Matter Expects). Antara yg dibangkitkn oleh KPISM ialah berkaitan kenaikan pangkat secara timebase, tiada gaji maksimum, laluan kerjaya lebih cemerlang dn komprehensif, skim bersepadu, elaun2 termasuk peningkatan kadar Imbuhan Tetap Perumahan, COLA, Elaun Perkhidmatan dinaikkn lebih tinggi sesuai dengan indeks kadar harga semasa dn faktor inflasi. Berkaitan cuti, KPISM membangkitkan agar cuti tahunan ditambah, cuti kematian keluarga dipanjangkan 5 hari tidak termasuk hari cuti, cuti utk suami yg isterinya bersalin dipanjangkn 5 hari tidak termasuk hari cuti. Berkaitan Perubatan, KPISM ada mencadangkn agar setiap penjawat awam diberi kemudahan wad kelas satu, mohon pihak kerajaan sediakan medical kad khas untuk penjawat awam bg mendapatkan rawatan dialisis dan NET secara percuma. bagi Kebajikan warga pencen, KPISM membangkitkan usul agar kadar pencen dibayar penuh mengikut gaji terakhir tanpa potongan. Untuk makluman saudara/ri, KPISM jg optimis sudah barang tentu ada dikalangan sdra/ri pesimis degn usul2 yg dibawa oleh KPISM ini, namum atas dasar perjuangan berterusan sy merasakan perkara ini harus dibawa oleh KPISM ke peringkata Suruhanjaya melalui mediasi CUEPACS. Setiap usul yg dibawa ini diiring dengan justifikasi yg jelas dn disokong dengan fakta yg kredibel agar usul2 KPSIM ini dilihat dgn lebih professional.. Sokongan sdra/ri sgt2 kami dambakan. Bersama kita memacu kehadapan demi kegemilangan kita pada masa hadapan. [PEN S/U KPISM].

Monday, June 11, 2012

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN AWAM

Dimaklumkan bahawa 2 orang wakil KPISM akan menghadiri Bengkel Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Awam anjuran CUEPACS pada 12 - 14 Jun di Muar, Johor Darul Takzim. Beberapa perkara yang akan dibentangkan di dalam bengkel tersebut terutama berkaitan skim dan elaun dalam perkhidmatan di Jabatan Imigresen Malaysia. Antara yang hadir di bengkel tersebut ialah Sdra Presiden KPISM dan Penolong Setiausaha KPISM.

Sunday, June 10, 2012

AMANAT DARI SAUDARA PRESIDEN KPISM

                                                                   
Askum,Salam 1 Malaysia,Salam 1 Imigresen,Salam 1 KPISM,Salam Perak Aman Jaya dan Salam Perjuangan. Apa khabar semua.Harapan saya anda semua berada didalam keadaan sihat sejahtera sentiasa dirahmati oleh Allah swt,serta teruskan beri perkhidmatan yang terbaik dan bertanggungjawab. Apa pun seperti mana sdr/sdri tahu bahwa semalam telah diadakan mesyuarat pakaian seragam dan pemakaian pangkat.Pihak kita telah mendapat tentangan yang agak hebat dpd 2-3 orang dpd pihak peringkat KP dan pihak peringkat PTD..namun ini semua cabaran dan dugaan.

Saya percaya dan sedia maklum perkara yang kita hendak lakukan adalah perkara yang baik dan kita mestilah sentiasa BERSAMA dalam hal ini dan berdoa kpd Allah swt dan teruskan usaha.Bagi 2-3 orang ini, merekalah minoriti sahaja namun saya agak terkejut dgn perubahan fikiran Dato KP akan tetapi pihak TKP(K) dan TKP(P) serta PB A masih berada dibelakang pihak kita.

Oleh salah satu strategi kita , adalah menyerahkan keputusan pemakaian pangkat kepada peringkat akar umbi dan sdr/sdri sendiri membuat pilihan melalui undi dan saya cadangkan agar sdr/sdri menyokong cara kedua yakni meberikan sokongan penuh kepada Team teknikal/KPISM/MBJ/KKPISM/KKMS yakni pilihan no.2.Dan perkara ini akan dibawa ke mesy.MBJ pd 15hb JUn di Tawau, Sabah.

Marilah kita memberikan satu kejutan kpd pihak pengurusan tertinggi Jabatan serta pihak YANG 'TIDAK DITERIMA DILANGIT DAN JUGA BUMI' KERANA MEREKA INILAH GOLONGAN YANG TERAWANG AWANG YAKNI MEREKA TIDAK DITERIMA OLEH SATU GOLONGAN DAN JUGA TIDAK DIAKUI SEBAHAGIAN DARI SATU GOLONGAN'(GOLONGAN HANTU) ATAU PUN ADA PERPATAH MENGATAKAN "HIDUP TAK SERUPA ORANG,MATI TAK BOLEH JADI HANTU", INILAH PERKATAAN TEPAT KEPADA GOLONGAN TERSEBUT.

Namun begitu,sdr/sdri sekalian,perkara ini yakni pemakaian pangkat dan uniform adalah amat penting bagi kita semua,KPISM dan saya sendiri menyokong dan berada dihadapan dalam mempertahankan J/kkuasa Teknikal kerana inilah masanya dan saatnya TRANSFORMASI MESTILAH DILAKUKAN SEKARANG,JIKA TIDAK BILAKAH LAGI.
Sdr/Sdri...telah lama kita mengidam dan inginkan pengiktirafan pakaian uniform kita,ayuhlah semua warga imigresen BERIKANLAH UNDI KEPADA PILIHAN No.2,marilah kita bersatu tanpa mengira sebarang ideologi atau samada menjadi ahli KPISM atau tidak,kerana kepentingan kita telah pun dicabar!!!!!!!

Memetik dpd ucapan saya di Hari Pekerja tempohhari di Dewan Kastam KLIA,'AWASLAH, AWASLAH KITA TERHADAP SAUDAGAR MIMPI YANG MEMBUAI DENGAN DONGENGAN, MENJADI PETULANG MEMINTAL KEPALSUAN,MENENUN KEBENCIAN,MEMPERDAGANG FITNAH,MENGADUN MADU DENGAN TUBA,MELECEH PENGORBANAN DAN TANPA SEGAN SILU MENGAJAK KITA MENIKMATI BUAH KHULDI YANG BERGENTAYANGAN DI POHON RENDANG SEHINGGA SANGGUP MENGADAI SEGALA GALANYA..............AYUHLAH JANGANKAN GERIMIS,HUJAN YANG DATANG KITA REDAHI,JANGANKAN RIBUT,TAUFAN PUN MESTI KITA HARUNGI,JANGAKAN AIR BAH,GELOMBANG BADAI PUN HARUS BERANI KITA RENANGI,JANGANKAN GERHANA , KELAM GELITA PUN PASTI KITA TERANGI.....

KEPADA SDR/SDRI NASIB UNIFORM/JABATAN/KESATUAN KITA PERTARUHKAN.DALAM GENGAMAN SDR/SDRI PEMBELAAN KITA DAMBAKAN..DIBAHU SDR/SDRI SEKELAIANLAH TERGALAS MARUAH PEGAWAI IMIGRESEN/KPISM DAN JABATAN...
HIDUP IMIGRESEN!! HIDUP IMIGRESEN!!!HIDUP IMIGRESEN!!! HIDUP KPISM HIDUP KPISM HIDUP KPISM..... TERIMAKASIH.... SALAM PERJUANGAN DARIPADA
PRESIDEN KPISM@TOK PERAK CASTELO @ KHAIRIL NIZA KHAIRUDDIN.